Tuesday, October 11, 2011

New Born

Alhamdulillah, salah seekor induk betina New Zealand White kat sini telah selamat melahirkan anak hasil 'perkahwinannya' dengan pejantan English Spot petang tadi. Apa yang menariknya adalah arnab nie telah memecah rekod di Kg. Air Kuning Rabbit Farm nie kerana melahirkan anak yang paling banyak.
Agak2 berapa ekor ye, cube korang kira. hahaha.....

Erm, bila dah 'ramai2' nie ada la risiko kepada anak2 arnab nie.

Sebelum nie dah terjadi kepada arnab yang lahir sebelum diorang nie (D.O.B : 7.10.2011) dulu, dari pada sembilan ekor yang lahir, selang sehari mati 2 ekor, selang lagi sehari mati lagi sekor. Dari apa yang teman perhatikan, mungkin sebab kekurangan susu ibu diorang. 3 ekor yang mati tu sume perot diorang kempis jer, tak nampak susu langsung. Mungkin tak boleh nak bersaing dengan adik beradik yang lain utk dapatkan susu, tu baru 9 ekor, yang nie?

Eh! lupe lak, korang da kira ke anak arnab nie sume bape ekor? hehehe...

sume anak dia ** ekor. tu yang pecah rekod tu. hahaha...

p/s : mudah2an sume *anak2 nie membesar dengan sihat.

* pinjam istilah bos teman. hehehe...

Monday, October 10, 2011

Duta Kg. Air Kuning Rabbit Farm.


*jangan marah ye adk. hehehe...

Jenis-jenis arnab yang ada kat Kg. Air Kuning Rabbit Farm nie...

New Zealand White (Pejantan)

English Spot (Pejantan)

Anggora (Pejantan)

Baka Kampung (Pejantan)

Baka Kampung (Pejantan)

Lion Head (Induk Betina)

New Zealand White (Induk Betina)

Anggora (Induk Betina)

Baka Kampung (Indok Betina)

Baka Kampung (Indok Betina)

Baka Kampung (Indok Betina)

Baka Kampung (Indok Betina)

Kelahiran Demi Kelahiran...

Arnab Kampung

Arnab Kampung

Arnab Kampung

Pure New Zealand White

English Spot + Arnab Kampung (ada la sikit2 + Lion Head! hehe...)
Tak tau apasal anak2 dia jadi wane itam sume. huhu...


Dari dulu sampai sekarang, banyak lagi kelahiran arnab-arnab kat Kg. Air Kuning Rabbit Farm nie, tapi tak semua yang sempat di ambil gambarnyer
(lupe la tu. hehe...)

Walaubagaimana pun, tak semua yang lahir tu dapat survive.
Ada yang tahan sehari dua hari, ada yang seminggu dua, ada jugak yang dah dua tiga bulan mati. Antara risiko diorang nie nak mati kat sini : -

1.Susu mak diorang tak cukup, ada diantara diorang yang tak berdaya nak barsaing dengan adik beradik diorang yang lain untuk dapatkan susu dari mak diorang.

2. Faktor pemakanan, yang paling utamanya adalah air. Kalau air diorang tak bersih, diorang akan dapat cirit-birit. Kalau tak bawa pegi dapatkan suntikan kat pejabat veterina secepat yang mungkin, kemungkinan besar diorang akan mati...

Erm... setakat nie kematian arnab2 kat sini puncanya yang tu je la.
Mudah-mudahan semuanya sihat-sihat belaka. amin...


Nie kelahiran yang terbaru.
English Spot + New Zealand White
D.O.B : 7 Oktober 2011

Revolusi Sangkar & Kandang . . .

Fasa Pertama


Fasa Ke-3





Dah macam RMK plak main fasa-fasa. hehe...
Syukur alhamdulillha, sebab arnab2 nie berkembangan generasinya...


Tuesday, October 4, 2011

New Zealand White

Teman beli pasang baka new zealand white nie untuk di jadikan baka selain baka kampung. Masa beli tu umur diorang nie baru sebulan. Ini bermakna teman kena la tunggu lagi lebih kurang 5 bulan lagi untuk tunggu tempoh matang. New Zealand White nie agak lambat sikit tempoh matangnya berbanding baka kampung.


Walaubagaimana pun, selang beberapa hari lepas tu, arnab betina tu mati la pulak, kesian pulak teman nengok arnab jantan tu x de kawan. hehehe... Alhadulillah, arnab jantan tu membesar dengan baik.



Peringkat Permulaan

Di peringkat permulaan, teman hanya membeli sepasang arnab yang berusia lingkungan 2 bulan. Ini bermakna, teman kena la tunggu lebih kurang 2 bulan untuk tempoh matang arnab tersebut bagi proses mengawan.